Muzium Alam
Semula Jadi Maya
Mempersembahkan Khazanah Alam Malaysia:
Mengenali Lebih 100 Spesimen (Mamalia, Marin, Serangga, Reptilia, Amfibia & Botani)
Mempersembahkan Khazanah Alam Malaysia: Mengenali Lebih 100 Spesimen (Mamalia, Marin, Serangga, Reptilia, Amfibia & Botani)



Mempersembahkan Khazanah Alam Malaysia:
Mengenali Lebih 100 Spesimen (Mamalia, Marin, Serangga, Reptilia, Amfibia & Botani)
Mempersembahkan Khazanah Alam Malaysia:
Mengenali Lebih 100 Spesimen (Mamalia, Marin, Serangga, Reptilia, Amfibia & Botani)
Mempersembahkan Khazanah Alam Malaysia:
Mengenali Lebih 100 Spesimen (Mamalia, Marin, Serangga, Reptilia, Amfibia & Botani)
Mamalia ini adalah kumpulan haiwan bertulang belakang (verterata) dengan ciri-ciri seperti mempunyai kelenjar susu, berbulu, berdarah panas, mempunyai otak yang kompleks dan kebanyakannya melahirkan anak.
Malaysia dikenali sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian spesies burung di rantau Asia Tenggara.
Dengan lebih 850 spesies yang telah direkodkan variasi spesies burung yang ada merangkumi burung hutan hujan tropika, burung pantai, burung migrasi sehinggalah kepada spesies burung endemik yang tidak boleh ditemui di tempat lain.
Herpetofauna adalah rangkuman dua kumpulan haiwan bertulang belakang (vertebrata) yang berdarah sejuk iaitu reptilia dan amfibia.
Malaysia kaya dengan kepelbagaian herpetofauna yang meliputi lebih 400 spesies reptilia dan lebih 270 spesies amfibia.
Serangga merupakan kumpulan haiwan invertebrata (tidak bertulang belakang) dalam filum artropoda dan kelas insekta yang paling pelbagai variasinya di Malaysia.
Terdapat ratusan ribu spesies serangga yang direkodkan, namun hanya sebahagiannya sahaja yang telah dikenal pasti dan diberikan nama oleh ahli entomologi. Serangga menghuni pelbagai habitat seperti hutan, tanah lembap, sungai, gua, kawasan pertanian dan bandar.
Malaysia mempunyai ribuan spesies tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kepentingan dan manfaat kepada semua organisama hidup terutamanya manusia.
Sejak ribuan tahun lampau tumbuhan telah digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit sehingga kini. Selain perubatan moden, rawatan tradisional menggunakan tumbuhan perubatan tetap menjadi pilihan pelbagai lapisan kaum di Malaysia.
Malaysia mempunyai lebih 4,600 km pantai dengan laut yang kaya dengan biodiversiti, termasuk terumbu karang, padang lamun dan kawasan bakau.
Ekosistem ini menjadi habitat kepada ribuan spesies hidupan marin seperti ikan karang, sotong, ketam, kuda laut, penyu laut, dugong serta pelbagai jenis hidupan invertebrata.