Mempersembahkan Khazanah Alam Malaysia:
Mengenali Lebih 100 Spesimen (Mamalia, Marin, Serangga, Reptilia, Amfibia & Botani)
Muzium Alam Semula Jadi secara maya ini merupakan satu inisiatif digital bagi membolehkan orang ramai meneroka secara interaktif beberapa koleksi spesimen terpilih muzium ini yang boleh dicapai secara fizikal menerusi peralatan VR mahupun capaian melalui laman sesawang internet. Platform muzium maya ini menawarkan pengalaman melawat Muzium Alam Semula Jadi, Jabatan Muzium Malaysia tanpa sempadan yang mana pengunjung boleh melihat sendiri spesimen fauna dan flora sebenar yang telah diawetkan, membaca penerangan, menonton video kaedah mengawet serta menikmati paparan 3D dan realiti maya.