Serangga

Serangga merupakan kumpulan haiwan invertebrata (tidak bertulang belakang) dalam filum artropoda dan kelas insekta yang paling pelbagai variasinya di Malaysia. Terdapat ratusan ribu spesies serangga yang direkodkan, namun hanya sebahagiannya sahaja yang telah dikenal pasti dan diberikan nama oleh ahli entomologi. Serangga menghuni pelbagai habitat seperti hutan, tanah lembap, sungai, gua, kawasan pertanian dan bandar.

Nota: Sebarang paparan karya seni tiga dimensi dan foto di sini adalah untuk tujuan ilustrasi dan rujukan sahaja dan mungkin tertakluk kepada perubahan atau semakan lanjut tanpa notis. Untuk tujuan pengalaman maya, langkah berhati-hati telah diambil untuk mencipta semula karya seni terpilih secara digital. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh keterbatasan teknologi dan media unjuran, proses tersebut mungkin telah mengurangkan keserupaan karya seni sebenar.