Malaysia mempunyai lebih 4,600 km pantai dengan laut yang kaya dengan biodiversiti, termasuk terumbu karang, padang lamun dan kawasan bakau. Ekosistem ini menjadi habitat kepada ribuan spesies hidupan marin seperti ikan karang, sotong, ketam, kuda laut, penyu laut, dugong serta pelbagai jenis hidupan invertebrata.