Pengenalan

Muzium Alam Semua Jadi Maya

01

Muzium Alam Semula Jadi secara maya ini merupakan satu inisiatif digital bagi membolehkan orang ramai meneroka secara interaktif beberapa koleksi spesimen terpilih muzium ini yang boleh dicapai secara fizikal menerusi peralatan VR mahupun capaian melalui laman sesawang internet.

02

Platform muzium maya ini menawarkan pengalaman melawat Muzium Alam Semula Jadi, Jabatan Muzium Malaysia tanpa sempadan yang mana pengunjung boleh melihat sendiri spesimen fauna dan flora sebenar yang telah diawetkan, membaca penerangan, menonton video kaedah mengawet serta menikmati paparan 3D dan realiti maya.

03

Menerusi teknologi ini diharapkan supaya segala warisan khazanah semulajadi negara yang kian diancam kepupusan ini dapat diakses dengan lebih mudah, inklusif dan berterusan selari dengan perkembangan dunia digital masa kini.